Monday, 1 August 2011

cerita cloth diapers(CD)

Sebenarnyer dah lama aku nak berkongsi cerita pasal penggunaan CD ni, cuma masa sahaja yg tak cukup selain mood yg sekejap ada sekejap tak ada..bercampur dengan kes alahan teruk selama 4 bulan...mmg tak ada mood langsung la nak menaip....ni memandangkan sofia dah tertidur sebab mkn ubat tadi aku apa lagi ambik kesempatan la..hehe..mcm ni la nasib mama2 ni...ank tidur tu la masa paling berharga...hehe

Aku mula pakaikan CD kat sofia ni baru lagi..Bulan mac tahun ni..kira baru 5 bulan la....setelah kajian demi kajian..bacaan demi bacaan dan mempertimbangkaan kebaikan serta penjimatan aku ambil keputusan mencuba dulu...CD pertama yg aku beli adala jenis Dyana MP...memandangkan sofia jenis berbadan besar aku ambik keputusan beli yg bersaiz XXL...lagi untung sebab leh guna dari newborn hingga 17kg...cuma harga yg besar ni mahal la ckit....untungnyer adik dia pun leh guna nanti...pertama kali aku beli 5 pcs dulu...cuba2 kan..

Dyana MP merupakan pilihan pertama aku sewaktu kali pertama ingin mencuba CD ni.

Kenapa aku pilih CD? Paling utama Cd boleh dibasuh dan disimpan berbanding disposable diaper(DD)   yang mana penggunaannya adalah pakai buang..ke 2 CD ni mula2 nak mengumpul je byk kuar modal tp selepas tu tak payah dah bulan2 kene beli mcm DD.Bahan kimia? dlm CD mmg tak ada la..tp DD mmg semua org tahu ada kandungan bahan kimia ni..perkara yang lagi penting adala ruam...penggunaan CD dapat mengatasi masalah ruam tp penggunaan DD bergantung pada kulit dan kesesuaian baby kita...silap2 hari bulan baby kita hanya boleh pakai DD yang mahal je kan...hehehe

Sebulan aku menggunakan CD pada sofia mmg puas hati...tp disebabkan aku cuma ada 5pcs CD mmg tak mencukupi utk menjimatkan lagi kos pembelian DD tu...di rumah pengasuh aku tak dpt bagi CD sepenuhnyer memandangkan takut menyusahkan pengasuh apabila sofia buang air besar....maybe di sini kelemahan aku....tidak yakin dengan pengasuh...tp sofia di rumah pengasuh cuma 6 jam shj...penggunaan DD pun paling byk 2 keping sehari ..so kebayakan masa di rumah..aku ambik keputusan tambah lagi CD utk mencukupkan penggunaan CD dirumah shj..so di rumah mmg tak pakai la DD...byk sudah penjimatan di situ...kali ke 2 membeli CD aku tetap beli yg jenis Dyana MP juga....suka sgt bila tengok CD dah bertambah pada 8 pcs..hehehe

Bulan ke dua aku sudah mula rasa penjimatan membeli DD ni...ye la..DD sofia bersaiz XXL..dlm satu pek tu bukan byk pun...kalau guna DD sepenuhnya mmg tinggi la kos pembelian DD kan..apa yg best sofia dah mula pandai rasa dia terkencing bila pakai CD, maybe daya serapan CD lambat berbanding DD...selalu dia tidak selesa dah suruh tukarkan CD. keadaan ini sebenarnya elok untuk proses potty train...aku ada juga terbaca pasal anak yg dipakaikan CD lagi senang di potty train awal berbanding yg pakai DD..ye la anak2 ni sudah mula tak selesa dengan keadaan yg basah....sofia juga selalu terbangun di tengah malam mengejutkan mama dan abah dia bila CD dia sudah bsh....kalau pakai DD mmg smp pagi la..ruam pun mudah terjadi..CD ni kita tukar yang baru lagi la susah nak jadi ruam ...

Bulan ke tiga aku tambah lagi 3 pcs CD utk sofia tp kali ni jenis Happy BM...okla..harga murah ckit dari Dyana MP. kualiti pun lebih kurang..boleh dipakai dr newborn hingga XXL. kini CD sofia dah ada 11 pcs semuanya..hehe

CD Happy BM

Dengan berbekalkan 11pcs CD ni, aku dah mula stop beli CD....kini sofia dah pandai ke tandas sendiri...CD cuma digunakan time dia tidur malam shj...so purata penggunaan CD sofia setiap hari cuma 2pcs ...kalau sofia tak byk minum susu mlm2, cuma 1pcs CD shj digunakan sehari..so dengan 11pcs CD lebih dari mencukupi utk penggunaan sofia..pembelian DD cuma utk time pergi jln2 dan dirumah pengasuh memandangkan pengasuh sofia masih mahu menggunakan DD dirumahnya walaupun sofia dah pandai ke tandas sendiri..alasannya tunggu sofia 3 tahun..skarang sofia kuat menyusu so kerap ketandas...purata 15 min sekali...maybe dia malas kot nak berulang ke tandas...takpe la....aku ikut je keselesaan dia....lagi pun dah tak lama sofia nak masuk 3tahun kan....apapun syoknyer skarang DD yg aku beli cuma satu pek shj sebulan kosnya dlm rm35 shj ...berbanding sebelum ni mencecah hingga 3 atau 4 pek..byk kan penjimatan di situ...anak pun kurang terdedah dengan bahan kimia...ruam mmg tak ada la...

Ramai ibu2 di luar sana selalu berfikir pjg nak membeli CD ni alasannya susah nak basuh..bagi aku tak ada susah pun....cuma sedikit kerajinan la.....

biasanya aku kumpulkan CD sofia dlm baldi kering dulu..2 atau 3 hari baru aku basuh....kalau sofia buang air besar najis tu aku buang dulu..ye la kalau tak busukla kan..kemudian aku masukkan dlm baldi kering...bukan apa tunggu byk sikit CD  utk dimasukkan dlm mesin basuh..kalau 2 pcs je mcm tak berbaloi....

setelah basuhkan CD dengan air paip yang laju bertujaan membuang air kencing...aku masukkan cd dalam washing net utk elak butang2 dia tertanggal  sebelum di basuh menggunakan mesin basuh..insert nya aku biarkan shj di luar washing net dan di basuh bersama...

sebenarnya ada beberapa pilihan sabun utk basuh Cd ni..tp aku memilih kiddie wash cosway ni..senang dpt..tp ingat ibu2..CD tak boleh dibasuh dengan sabun2 yg sembarangan..dari bacaan aku CD cuma boleh di basuh menggunakan sabun yg tak ada enzim...ini untuk mengelakkan daya serapan insert berkurang...


CD dan insert yg dijemur.....seeloknya dijemur di bawah sinaran matahari utk menghilangkan kesan kuning...

sudah kering....tunggu nak lipat je...

CD yg telah dilipat dan disimpan....cantikje tengok warna warni...hehe

Apapun semua pilihan ini adalah bergantung pada individu..bagi aku penggunaan CD amat bagus..berikan yang terbaik untuk anak tak salahkan.....kita pun dapat berjimat....duit yg ada leh kita tabungkan utk masa depan ank2 kita nant.....apa yang lagi menguntungkan bila sofia tak lagi memerlukan CD ni, adik2 nya boleh gunakan pula..aku berniat pakaikan CD utk baby ke2 aku ni bila di rumah...so pendedahan penggunaan CD utk anak ke 2 lagi awal berbanding sofia...

ok la..smp sini dulu..kalau ada kesilapan dengan penerangan aku tu..harap ibu2 dpt la betul kan.....sedikit ilmu utk dikongsi bt anak manja kita kan....bagi yg baru nak mencuba teruskan niat baik anda......selamat mencuba..bagi yang dah mencuba teruskan la ibu2......caiyok2....hehehe


sofia dah bebas DD dirumah..hehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...