Sunday, 22 June 2014

cuti berpantang::: sofia tumpang pasti

Salam...

Hari ke 13 berpantang. Alhamdullilah semua berjalan dengan baik. Cerita pasal cuti berpantang anak ke 3. Utk anak ke 3 ni saya mmg dah plan awal2 nak ambik cuti selama 3 bulan. 2 bulan berpantang dikampung dan sebulan lagi sambung cuti di kajang. Banyak perancangan yg menyebabkan saya ambil cuti panjang ni. Antaranya sbb nak simpan stok susu untuk muhammad dan sebulan last yg berbaki tu nak potty train ikhlas sambil2 nak rest lama sikit dari kesibukan kerja. Biar Muhammad besar sikit baru hantar p pengasuh.

Ok, bila dah 2 bulan di kampung ni, sofia secara automatik tak bersekolah la di Little Caliphs. Saya cutikan dia selama 2 bukan. Mmg dah inform teacher dia. Sofia sambung sekolah balik selepas raya nant la. Mula bulan Ogos. Lama kan. Terasa rugi sgt dan tak ada pengisian ilmu utk sofia.

So, kami suami isteri ambil keputusan tumpangkan sofia  kat PASTI. Sekurang kurangnya ada la input setiap hari. Belajar doa2 dan ilmu2 akademik yg lain.Tak nak ketinggalan sgt. Nasib baik PASTI boleh terima pelajar tumpang ni. Kalau duk rumah asyik dengan ipad. Main ngan ikhlas. Past tu bergaduh. Past tu ckp sorang2 ngan patung barbie. Saya plak ada la ajar sikit2 tp saya sendiri pun sibuk ngan baby n berpantang. Kadang2 ada jugak hari yg tak sentuh buku langsung. Kan rugi. Kwn2 kat LC dah byk belajar. Keputusannya p sekolah lagi bagus.

Hari ni, mak ayah saya dan hasben p hantar sofia p PASTI. Seperti yang dijangka, sofia mudah terima perubahan. Ok je p PASTI. Bila tanya ok tak sekolah. Ok aje si sofia ni. Nampak seronok je. Sebulan lebih je kakak. Moga kakak rajin je p sekolah lepas ni ye. Boleh dpt ramai kwn. Mama pun boleh berpantang dengan tenang tanpa perlu risau kalau tak ajar kakak sehari. Mama yang lebih2 kan. Mcm anak nak ambik exam spm. Haha..

1 comment:

  1. Samala..sy pun plan nak tumpangkan anak sy kat PASTI di kampung..drpd xbelajar..baik dia belajar kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...