Baru 17 hari pantang, tp dah mula rindu kat rumah sendiri. Rindu deko2 rumah. Rindu kemas2 rumah. Fuh. Dah la nora. Ko tu berpantang. Tak payah nak rindu2 sangat. Nanti dah balik rumah ntah sempat ke tak nak pk deko2. Anak dah ramai la katakan. Huhu..
Teringat plak kisah 2 tahun 7 bulan yg lepas. Ambik ko. Siap ngan bulan saya ingat. Waktu dalam pantang Ikhlas. Time tu rumah dalam proses renovation. Korang tahu, kami masuk rumah baru dengan keadaan rumah tak ada grill. Kabinet dapur pun tak pasang lagi. Nasib baik yg besarkan bahagian dapur dan ruang dobi dah siap. Terpaksa tergesa gesa keluar sebab rumah sewa dah ada org nak masuk. Saya sarat sgt waktu tu. Lepas 3 hari pindah, saya bersalinkan Ikhlas. Punya la busy dengan pindah, sampaikan tak sempat nak fikir pasal bersalin. Sakit nak bersalin pun tak fikir dah time tu. Tahu2 sakit dan terus bersalin. Awal 12 hari dari due. Sama je ngan Muhammad ni. Awal 12 hari jugak.
Tak banyak pun deko2 yang saya dan hasben buat sepanjang 2 tahun lebih kami tinggal di rumah sendiri. Konsep kami lebih kepada simple dan minimalis. Namapun minimalis so segala perhiasan kami cuba kurangkan perabot. Dalam pemilihan warna dinding pun kami tak berani nak main suka2 cat. Mmg bincang dulu ngan hasben. Kami tak nak rumah nampak sempit kerana pemilihan warna yg salah. Target kami, bila org dtg, org akan nampak rumah kami simple atau minimalis yang praktikal. Sesuai dengan family kami yang punya anak2 kecil.
Sofa2 yang ada ni, semua sofa lama. Beli dari kami menyewa lagi. Tak ada bajet nak beli baru. Saya cuba sesuaikan warna sofa ngan langsir supaya tak nampak janggal. saya juga peminat daun2 hijau. So buluh hijau dah pokok hijau jadi pilihan saya utk tambahkan seri ruang tamu. Saya letak karpet dan bantal kecil atas sofa yang ada gabungan warna kelabu untuk diserasikan dengan warna feature wall di ruang menonton yang tak jauh dr ruang tamu ini. Bantal kecil pink tu plak saya letak supaya ada contra warna di ruang ni. |
Ini dia ruang menonton. Mmg simple je konsep dia. Warna dinding kelabu. Saya serasikan dengan warna merah pintu stor. Kabinet tv dari ikea. Frame kufi. Karpet serta bunga lampu di hujung sudut ruang ni. Kalau korang perasan, ada meja kecil dan kerusi merah sebelah pintu stor kan. Saya letak meja tu untuk anak2 saya beraktiviti. Tp jenuh jugak la nak pastikan meja ni sentiasa kemas.
Ruang tepi tangga. Target kami jangan sarat dengan perabot. So ruang ni just letak kerusi pjg bewarna merah. Karpet bewarna kelabu. Hiasan dinding gambar bunga tulip. Pilihan warna utk setap item pun saya cuba kekalkan warna2 merah dan kelabu.
Ruang tangga. Pemegang tangga hasben catkan dengan warna merah. Rak buku ikea utk saya letak majalah2 kegemaran. Frame yang tergantung di dinding saya muatkan dengan keratan majalah harmoni yang menceritakan deko2 di rumah kami. 1st time masuk majalah la katakan. Meroyan p letak kat dinding..haha..idea en hasben la ni. Dan lampu dinding bewarna hijau. Hijau tetap jadi pujaan hati ku...
Now..saya nak bwk korang terjah dapur kecil saya.
Ini dapur kering saya. Just kabinet bentuk I. Ruang yang agak terhad. Sy cuba kurangkan peletakan barang2 diluar kabinet supaya tidak nampak serabut. Ruang dapur ni mmg saya gunakan utk bt minuman dan simpan brg2 dapur yang agak jarang digunakan. Ruang yg kecil ini, saya padankan dengan singki hitam yg kecil. Karpet putih sebagai hiasan lantai dan kaktus hijau atas kabinet tua. Ada yang kata tak sesuai kaktus tu berada di situ, tp sy letak jugak sbb saya rasa tenang melihat tumbuhan hijau.
Ok. Sekarang dapur basah plak. Pun saya cuba kekalkan keadaan yg tak sarat sgt dengan brg2 di atas table top. Cuma bekas2 rempah, rak pinggan dan bekas beras yg saya letak kan di atas table top dapur basah ni. Dapur masak plak hasben saya memilih jenama fotile. Mmg best. Senyap je bila kita on kan penyedut asap dia tu. So boleh memasak dengan tenang. Utk hiasan tingkap, saya lebih suka memilih bidai kain kasa berbanding langsir fabrik. Senang cuci dan mempengaruhi ruang yg sempit agar nampak lebih luas.
Breakfast table yg saya letak dlm dapur basah. Saya suka ruang ni. Saya namakan ruang ni sebagai ruang santai. Semua barang2 di ruang ni adalah dr ikea. Board, meja, kerusi, pelapit kerusi dan karpet made in ikea. Huhu. Sesuai utk ruang sempit.
Seterusnya, kita melawat bilik2 di rumah saya.
Ini masterbedroom saya. Hiasan ringkas2 shj. Suasana pun tak romantik sgt. Huhu. Hiasan ringkas supaya saya dan hasben terasa lapang dan tenang berada di dalam bilik setelah seharian penat bekerja. Masih byk yg perlu diubah tp tunggu bajet. Hehe
Bilik puteri sulung kami. Biasa2 aje. Hias ikut citarasa anak dara sorang ni. Dinding yg polkadot tu kami makeover sendiri laki bini. Gigih ko, kami cat dan bt polkadot tu. Sib baik hasilnya puas hati..hehe.. yg penting ank dara saya suka dan dia nak tidur dibilik sendiri.
Ini pula bilik anak bujang merangkap playroom jugak la. Lagipun ank bujang saya masih kecik so masih tdo di bilik saya. Bilik yg agak sempit tp saya cuba wujudkan susana selesa utk ank2 bermain. Yang penting ceria kan.
Bilik ke 4 ni pula berada di tingkat bawah. Saya jadikan bilik tetamu. Penggunaan warna2 lembut supaya bilik ni nampak cosy. Fuh cosy la sgt kan. Yg penting tetamu selesa.
Ok. Dr saya berpantangkan ikhlas smp la saya berpantangkan muhammad sekarang, ini sahaja deko2 yg kami suami isteri buat. Tp dah rasa ok sgt2 dah. Kemudahan semua lengkap walaupun byk lagi projek2 kami yg masih dlm perancangan. Kene slow2 la kan. Anak dah ramai ni. Perlu fikir kebajikan anak2 dulu.
Check list projek akan dtg:
Taman mini
Ruang dobi
Workstation
Family hall
Huhu. Saya pun tak tahu apa kaitan citer2 deko ni ngan kisah pantang. Bedal je la. Dah nama byk masa dlm pantang kan. Update blog je la kerja ko noora..hihi..
waaaaahh.. ngah pantang semangat lagi nak berdeko2 yer.. :) saya dulu kan..rasa tah berapa bulan lepas beranak baru mud tu mendatang.. hahaha... neway.. tak ucapa tahniah lagi atas kelahiran anak.. tahniah yer.. :)
ReplyDelete