Salam...
Hari ke 14 pantang. Sudah 14 hari kehadiran Muhammad dalam hidup kami sekeluarga. Semakin bahagia bila ada baby baru ni. Anak dah 3. Seronok ko. Mahu tak seronok. Riuh rendah jugak. Yg ni menjerit yg ni plak menangis. Tu belum situasi kakak sibuk tanya itu ini, abg teh plak merenget mintak buat susu, baby muhammad aktif meraung mintak salin pampers. Huhu. Berpeluh k. Serabut jugak la. Tp time anak2 tidur, tersenyum je saya teringat ragam masing2.
Kita ibu bapa ni memang dah ready mental dan fizikal untuk kehadiran anak baru kan. Tak ada masalah sangat dengan penjagaan baby. Kalau masalah pun bila masuk time nak handle 3 mcm perangai dalam satu masa. Nak menangis jugak la. Time dalam pantang ni ok lagi sebab masih dapat banyak bantuan ayah, mak dan hasben yg balik hujung minggu. Tp saya ni kalau boleh cuba nak elakkan dari susahkan mak dan ayah. Kesian jugak. Selagi saya mampu handle ank2 mmg saya handle dulu. Dah la kain baju, mkn minum dan urusan mandi baby mak yg uruskan. Tak kan la jaga anak2 nak susahkan mak jugak kan. Pandai2 la nak hidup. Huhu..
Tadi cakap mama dan abah dah ready mental dan fizikal untuk terima Muhammad kan. Sofia dan ikhlas? Agak2 korang ready tak? Tiba2 nampak seketul baby baru dibelai manja mama dan abah. Tu yang biasa menjadi masalah kan. Kot2 diaorg cemburu ataupun tiba2 meragam untuk menerima baby baru dalam hidup mereka. Tumpuan mama dan abah plak kene bahagi 3.
Ok dari Muhammad dalam kandungan lagi, saya dah ckp yang sofia dan ikhlas akan dapat adik baru tak lama lagi. Saya ajar mereka sayang adik dari adik dalam perut lagi. Saya suruh diaorg panggil adik dengan nama Muhammad walaupun diaorg tak kenal lagi rupa paras Muhammad. Sampaikan diaorg selalu tanya bila Muhammad nak keluar. Wah.. rindunya diaorg kat Muhammad. Sekurang kurangnya diaorg dah ready untuk terima org baru.
Hari sy keluar hospital, hasben bwk ank2 sekali jemput saya kat hospital. Di sebabkan hospital ni tak benarkan budak2 masuk, so diaorg duduk dlm kereta dengan ayah saya. Hasben plak uruskan semua urusan surat menyurat. Bila semua urusan selesai, cepat2 kami menuju ke kereta. Saya dah rindu sgt2 kat kat kakak n abg teh.
Mula2 saya masuk kereta, masing2 tersenyum sambil mata tengok je kat baby Muhammad yg saya pegang. Yang paling saya tak boleh lupa bila si Ikhlas gosok perut saya sambil mata tertumpu kat baby Muhammad. Maybe dia tertanya tanya, manalah p perut besar mama ni. Semlm buncit lagi. Tup2 hari ni dah kempis. Haha.. pening jugak budak kecik ni kan.
Sofia plak lebih releks. Belek2 muka baby. Nak cium baby dan terus sebut ni baby Muhammad. Dia mcm dah faham. Lagipun ni kali ke 2 dpt adik kan. Lg cepat boleh terima kenyataan. Lepas tu baru la Ikhlas sebut ni baby Muhammad. Melompat lompat dalam kereta. Gembira dpt adik kot.
Bila dah masuk hari ke 14 ni, masing2 dah tunjukkan rasa kasih dan sayang pada adik Muhammad. Kalau usik diaorg kemudian cakap nak bagi adik Muhammad kat org lain, masing2 mengamuk marah. Tengok2. Syg kan. Cium adik hari2 la. Ikhlas langsung tak jeles kalau saya pegang Muhammad. Kalau Muhammad nangis dia laung kuat2 " mama, adik Muhammad nangis, dia nak susu". Sofia lagi2 la teserlah sifat penyayang. Balik sekolah, dtg cium adik dulu.
Cuma. Hah, kata tadi semua sayang adik, kenapa tiba2 ada cuma plak. Huhu. Cuma Ikhlas tak boleh tengok abah angkat adik Muhammad. Terus jadi jeles. Suruh dukung dia dan letak adik. Tp dengan abah je mcm tu. Dengan sy or org lain dia ok je. Anak manja abah la katakan. Harap2 ok la lepas ni kan.
No comments:
Post a Comment