Sunday, 15 June 2014

kelahiran anak ke 3

Salam...

Alhamdulillah... Syukur pada Allah atas rezeki yg tak ternilai hebatnya.. Saya telah selamat melahirkan anak ke 3 pada 10 jun 2014  tepat jam 8 malam di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Baby boy seberat 2.8kg.

Sementara kisah kelahiran ni masih fresh dalam ingatan, baik cepat2 saya abadikan dalam blog ni. Kejap lagi, kalau dah terlupa jalan cerita mesti jadi tak syok kan.

6.30 pagi 10 jun 2014, alarm handset berbunyi seperti biasa. Ntah kenapa, pagi tu terasa berat sgt2 mata. Tutup alarm dan tertidur balik. Tiba2 tersedar, terus capai handset dan tengok jam dah pukul 6.45 pagi. Tak boleh jadi ni, nant lewat solat subuh. Cepat2 bangun dan menuju ke bilik air.

Masuk2 toilet, terus check panty liner. Fuh..satu panty liner penuh dengan darah. Perasaan time tu bercampur baur. Suka, sedih, takut, gementar dan mcm2 la. Tak pandai nak gambarkan perasaan. Teringat ingat sakit time bersalinkan ikhlas n sofia dulu. Huhu.

Ok. Lepas tu cepat2 tenangkan diri. Tak payah stress2.  Selawat dah zikir je byk2. Hanya Allah yg menentukan segalanya. Kalau buat kalut dan gelabah pun bukan boleh kurangkan rasa sakit bersalin kan. So langkah pertama, saya call hasben. Suruh hasben cepat2 balik. Niat dihati nak tunggu hasben sampai dari kajang. Oh..lupa nak bagitahu yg saya dah ada di kg saya di terengganu sejak 5 jun lagi. Hasben pun baru balik kajang secara solo 8 jun selepas kenduri adik lelaki saya 7 jun. Saya dan ank2 mmg stay kat kampung smp habis pantang. Cuti pun mmg dah apply awal seminggu dari tarikh due.

K. Sambung cerita. Lepas call hasben, cepat2 bgtahu mak. Mak dah panik. Nak hantar p hospital terus katanya. Saya buat releks je. Dah kali ke 3 kan. Mmg dah keluar tanda tapi rasa sakit nak bersalin tu tak ada lagi. Mesti ambik masa. Kalau p menyerah diri awal2 kat hospital pun, mesti kene masuk wad dulu. Dari masuk wad baik tengok muka anak2 puas2 kan. Sedih nak tinggalkan ank2 sebenarnya. Ye la. Ni kan perjuangan hidup dan mati.

Saya tekad nak tunggu hasben jugak. So lepas inform kat mak, sy p breakfast dulu. Tak nak la tak makan. Simpan tenaga nak bersalin nanti. Nasi lemak sebungkus n air milo 1 mug. Haha.

Start pukul 8, rasa memulas dah mula terasa dlm 1 jam sekali. Time datang memulas tu mmg tak dpt nak bergerak. Berkerut muka tahan sakit. Hilang sakit terus sambung buat kerja2 lain. Lepas breakfast, saya capai beg utk bawak p hospital. Barang2 mmg dah lengkap cuma check kot ada yang terlepas pandang. Ic, buku merah dan GL tu penting. Past tu letak satu tempat.

Siap brg2, saya p siap2kan diri. Mandi dan terus pakai tshirt ngan kain batik. Kot2 la lepas ni  terasa sakit yg kerap boleh terus p hospital. Tp masih berharap sempat tunggu hasben. Sakit masih 1 jam sekali. Dalam duk menunggu tu, saya sempat lagi ambik baju2 kotor p basuh, tanda paper exam dan layan ank2. Mak dah risau takut terberanak di rumah.

Dalam duk menunggu, sakit dah mula jadi 45 min sekali. Time ni saya simpan segala kertas2 exam, kemudian terus p rehatkan diri atas sofa. Sempatla tidur sekejap. Bangun2 tengok jam dah pukul 12 lebih. Mak duk sibuk siapkan makanan tengah hari.  Call hasben, dah dekat nak sampai katanya. Sempat la makan tengah hari ngan hasben dan makan aiskrim roti sebelum p hospital. Punya la releks kan. Haha. Lepas makan, p mandi dan solat zohor. Lepas solat terus bersiap nak p hospital. Sakit pun dah jadi 30 min sekali.

Saya p hospital dengan hasben je. Mmg tak nak bwk ank2 sekali. Biar mak n ayah je yang jaga. Detik ni la paling sedih. Tengok muka ank2 terus berderai air mata. Tambah2 time bersalam dengan mak. Mak peluk  dan gosok2 bahu ngan kepala saya sambil pesan mcm2. Kasih ibu pada anak kan. Macam la kasih kita pada ank2 kita. Nak berpisah ngan ikhlas la paling sedih. Dalam kereta jatuh jugak air mata saya. Terasa sayu sgt2.

Dalam pukul 3.30 ptg, saya dan hasben sampai hospital. Lebih kurang 15 ke 20 minit la dari rumah mak saya. Punya la cerdik kami laki bini, p parking kereta punya la jauh, past tu berjalan masuk wad bersalin. Haha. Org pun pelik tengok saya berkain batik n tshirt, selipar jepun plak tu. Jalan selamba badak p wad bersalin. Bila sakit dtg, berhenti sekejap Haha. Guard perempuan yg tengok terus pimpin tangan hantar ke lif. Siap kata kesian dan tanya kenapa tak turun je kat pintu utama. Saya jawab tak tahu.

Sampai je kat wad bersalin, kene p daftar plak dah. Alahai. Ingat leh terus check bukaan seviks kan. Kalau kat hospital serdang dan kajang, sampai2 je terus check bukaan serviks. Tak adanya pendaftaran. Korang tahu, saya menunggu hampir 1 jam lebih untuk check bukaan serviks. Dalam pukul 5 baru doc check bukaan servis. Time tu, sakit dah datang 15 ke 20 minit sekali. Check punya check, bukaan baru 4 ke 5cm.

Kalau ikutkan, dah boleh masuk labor room. Tp labour room plak dah penuh. Kene tunggu kat wad dulu.So ikutkan saje la kan. Pukul 5 lebih nurse bwk saya masuk wad. Dlm pukul 5.30 saya dah siap tukar baju pink yg wad bersalin tu. Sakit time tu dah dtg 10 ke 15 min sekali.

Hasben plak nak p surau utk solat asar. Saya benarkan je sbb rasanya macam sakit yg boleh tahan lagi. Siap pesan kat hasben p ambik beg kelengkapan saya dlm kereta. Ingat nk tukar pad dan solat asar lepas hasben solat.

Dalam tempoh masa hasben p solat, saya dah mula sakit 5 ke 10 min sekali. Berpeluh peluh tahan sakit. Hasben siap je solat, terus hantar beg yg saya nak. Time ni mmg sakit dah tak boleh nk tahan2. Saya genggam tangan dan peha hasben kuat2 tahan sakit. Nak p solat mmg dah tak boleh dah. Pukul 6.30ptg, hasben inform dekat nurse yg sakit saya dah dtg 5 min sekali. Nurse terus check bukaan serviks. Dah 8cm katanya. Apa lagi. Terus usung masuk labor room. Alhamdullilah time tu labor room ada katil kosong.

Tukar katil je dlm labor room, mata terus tengok jam betul2 depan katil. Pukul 7 ptg. Sakit usah cakap la. Nurse dan doktor dtg buat tugas masing2. Suruh tukar baju, cucuk jarum kat tangan, pasang ctg dan tanya itu ini la. 7.15ptg, sakit dah tak terkira dah. Berpeluh usah cakap. Doktor suruh saya mengiring dulu.saya pun mengiring la. Kejap2 pegang besi tepi katil. Kejap2 pegang bed. Dah tak leh nak berkata apa dah. Memulas je saya teran walaupun doc tak bg lagi. Doc dan nurse ni buat selamba lagi. Ada ke patut tanya alamat rumah time saya sakit. Saya pun jawab tak ingat alamat rumah dah. Haha.

7.30ptg baru doktor cakap nak pecahkan air ketuban. Ngan slow motion doc ambik alat yg nak pecahkan air ketuban. Tiba2 bunyi "pop". Rupanya2 air ketuban pecah sendiri sebelum doc pecahkan. Doc perempuan muda ni siap kata " eh, seronoknya dah pecah".. hehe. Cepat2 doc cakap " air ketuban puan pecah sendiri, tak sempat saya pecahkan".

Dalam duk pecah air ketuban tu, saya nampak ada katil baru masuk parking betul2 sebelah tirai saya. Cepat2 nurse tutup tirai kemudian bgtahu yang dia tak boleh panggil hasben saya masuk sbb labor room penuh. Kecewa jugak. Saya ni sanggup tunggu hasben sampai dari kajang. Past tu tak dpt masuk plak. Tak pe la tak ada rezeki. Sy pun jwb la dlm sakit " tak pe la nurse, saya tak kisah, saya rasa ank dah nak keluar ni". Hehe

7.45ptg, doc dah suruh meneran. Teran kali pertama mmg nafas pendek. Kali ke 2 n ke 3 pun tak lepas jugak. Kali ke 4 mmg teran tak lepas nafas langsung. Sakitnya ya Allah... Alhamdullilah akhirnya baby boy saya seberat 2.8kg selamat melihat dunia. Syukur pada Mu ya Allah kerana beri lagi hamba Mu ini merasa kenikmatan melihat zuriat yg suci dari rahim sendiri.




4 comments:

  1. Noora, takut la plk....walau yg ke3.....dh 34wk nih.....haihhh.....berdebor2....

    ReplyDelete
  2. errmmm...takutnya walau due lambat lg...sy pon bersalin kat HSNZ masa anak 1st..masa tu pon labour room pon penuh..asben tak leh masuk..tp masa bukaan 4cm saya dah kat LR..sbb kebetulan time tu ade tempat kosong...neway..tahniah dear...comel baby!

    ReplyDelete
  3. tahniah kak. comei sgt bby :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah..sy pun baru lahirkan bby boy ke3 seberat 2.8kg juga..selamat berpantang and happy breastfeeding!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...