Salam...
Alhamdullilah. Hari ni dah hari ke 10 berpantang. Masih ada 30 hari lagi nak menghadapi dugaan dalam pantang ni. Dugaan makanan, dugaan bengkak susu, dugaan luka perineum, dugaan anak jaundis dan mcm2 lagi la. InsyaAllah semua akan kembali pulih seperti biasa selepas pantang nanti. Doa2kan ye.
Saya percaya, kebanyakan ibu2 yg lepas bersalin pasti merasa sakit2 badan, lenguh2 pinggang dan bengkak susu kan. Tenaga yg kita gunakan semasa proses meneran dan melahirkan ank membuatkan urat2 kita sakit. Tambah2 lagi dengan urat2 yg tegang semasa mengandungkan baby kita. Berat perut tu boleh menegangkan urat2 kita tau. Paling seksa lagi bila tengah2 sakit2 badan disertakan plak ngan pakej bengkak susu. Ya Allah. Merana sgt2 rasanya.
Sebab tu la kita mmg kene mengurut dan bertungku kan. Terasa sgt perubahan pada badan selepas mengurut dan bertungku. So tak boleh pandang ringan pada proses mengurut dan bertungku ni.
Beberapa hari lepas bersalin saya terkena bengkak susu. Tp tak la sampai tahap demam. Cuma bengkak sampaikan bersentuh ngan tuala pun boleh rasa nak marah kat tuala. Tu belum lagi tahap ikhlas tersentuh lagi. Rasa nak menjerit. Nak baring mengiring pun terasa sakit dan berat. P klinik, doktor just bagi ubat surut bengkak dan tahan sakit. Makan la jugak ubat surut bengkak tp tak surut2 jugak. Pump bukan main tp dapatnya sikit je. Ni mmg kes susu tak berapa nak lancar lagi. Bertambah malang bila tukang urut tak dapat mengurut time awal2 lepas bersalin hari tu. Beberapa hari jugak la lalui keadaan tak selesa.
Hari ke 7 berpantang baru lah tukang urut dapat datang. Saya just ambik pakej 3 hari mengurut dan bertungku. Sekali sesi mengurut dan bertungku ambil masa 2 jam. Sedap tak terkata bdn ni lepas mengurut dan bertungku 2 jam. Hari pertama pun dah terasa ringan. Masuk hari ke 2 dan ke 3 lagi la rasa ringan bdn ni. Urat2 tegang pun dah rasa kendur. Lenguh2 bdn dah rasa berkurang sgt2. Yang best, bengkak susu dah hilang. Kembali normal. Alhamdulillah.
Apapun proses bertungku tak boleh berhenti jugak. Kene sambung sendiri la lepas ni. Penting tu. Time ni la nak pastikan peranakan kita kembali normal kan. Kecut dengan elok. Almaklumla, kalau peranakan bermasalah, kita pun tak sihat. Ni tukang urut la yg bagitahu. Ala mak saya pun selalu duk ulang benda yg sama jugak. So mmg ikut je la apa yg mak ckp. Kalau dia suruh bertungku mmg bertungku la jawabnya. Walaupun byk kali jugak tungku ntah ke mana, tuannya tertidur terutama time2 subuh. Haha. Urut2 bdn pun kene buat sendiri jugak. Lumur minyak panas dan berbengkung pun saya buat jugak. Tp saya ni jenis pemalas jugak. Siang bengkung la. Mlm2 mmg tak. Hikhik. Musim panas sekarang. Kalau berbengkung terasa bahang giler. Dengan nak susu baby lagi kan. Fuh..jgn la ikut perangai malas saya ni.
Tak sabar betul nak habiskan pantang ni. Moga saya terus bertahan hadapi dugaan2 pantang dan sentiasa rajin membelai diri utk keihatan masa depan jugak.
No comments:
Post a Comment