Saturday, 17 November 2012

Cancel ponteng

Lepas postkan entry terpaksa pontengkan sofia tadi, saya pun kemas2 tempat tidur and bwk ank2 turun bawah.. Nak mulakan proses siapkan sarapan pagi and mandikan anak2.. Jam time tu dlm pukul 9.15.. Ingat nak letak ikhlas main2 ngan sofia dulu kat ruang tamu sambil2 saya masakkan bubur ikan bilis utk dia.. Nant sementara tunggu bubur masak leh la saya mandikan 2 org budak kecik ni.. Sekali ikhlas dah meneran berak.. Takkan nak biar lama2 kan.. Cancel masak bubur.. Cepat2 bwk ikhlas masuk bilik air.. Cuci and terus mandikan dia.. Mandikan sofia sekali.. Lepas pakai baju budak2 ni, jam baru pukul 9.45pg.. Eh.. Dlm hati mcm sempat je nak berkejar ke sekolah sofia.. Terasa rugi sgt2 tak p.. Kat rumah bukan bt apa pun sofia ni.. Asyik main and ngadap ipad je.. Bila paksa2 sentuh la buku sekejap..ish.. Tak boleh jadi.. Nak angkut gak diaorg ni p sekolah..ikhlas??? Tak pe la.. Sekejap je.. Biarla dia nak mengganas pun..nama pun sekolah utk kanak2 riang kan.. Asal dia tak meragam and melalak sana sini dah.. Dlm hati tekad if ikhlas bt perangai saya akan terus balik.. Haha..

So.. Lepas siapkan ank2, saya bg sofia minum susu and biskut dulu.. Nak bt sarapan mmg tak sempat dah ni... Alas perut utk sejam dulu.. Ikhlas pun saya bagi biskut.. Nak suapkan nestum macam dah tak cukup masa.. Saya plak baru je nak mandi.. Ambik masa dlm 10 min and past tu dah siap cantik2.. Cewah.. Hahah.. Lepas minum segelas milo, saya susukan ikhlas dulu... Risau juga dia melalak dlm kete time saya drive nant.. Baik kasik kenyang2 dulu..pukul 10.25pg kami bertolak ke sekolah..ikhlas ok je dlm kete.. Siap terlelap lagi.. Kan saya dah kata.. Kasik kenyang dulu.. Hahaha..

Sampai je sekolah, kelas sofia baru je mula.. Sofia ok je sekolah hari ni.. Bt semua aktiviti dengan baik.. Tajuk hari ni pasal friends.. Kelakar sofia ni.. Teacher ayu ajar dia.. Dia p ajar adik dia plak..Adik apa lagi, menggedik la ada org melayan dia.. Mcm adik plak yg student.. Dengan tekun ikhlas belajar.. Mcm org besar.. Kelakar..alhamdullilah Allah permudahkan semua urusan saya hari ni..langsung tak buat perangai si ikhlas ni.. Seronok plak rasa bawak dia sbb dia boleh follow aktiviti budak2 besar..

Time aktiviti mewarna flower.. Ikhlas sibuk nak warna jugak.. Habis p meja org lain sbb nak warna.. Meja kakak dia mmg tak boleh la.. Awal2 kakak warning jgn kacau..haru jugak saya. Nak layan kakak and adik dlm satu masa.. Tp nasib baik kakak dah pandai... Warna mmg tak jadi masalah.. Arah buat mcm ni dia bt la.. Time gunting tu saya still guide dia.. Takut tergunting flower.. Tak jadi rantai plak nanti... Haha... Setelah15 min aktiviti hands on tu berjalan, akhirnya berjaya jugak sofia selesaikan aktiviti dengan hanya sedikit bantuan dari saya.. Caiyok sofia.. Akhirnya saya berjaya handle 2 anak utk kelas kali ni.. Lepas ni tak hantar pengasuh pun tak pe... Asal mood ikhlas baik je kan.. Dia pun sama seronok ngan kakak dia..

Balik dari sekolah.. Kami 3 beranak dah mula lapar.. Otw balik, saya singgah tapau nasi ayam and kueh tiaw sup kat gerai belakang rumah saya.. Smp je turus ikhlas dah menangis kelaparan.. Saya bukak kueh tiaw sup tadi and kemudian bahagikan sebahagian utk sofia and sebahagian lagi utk ikhlas.. Bg ank2 mkn kenyang2 dulu.. Dengan rakus ikhlas mkn.. Sampaikan ngan tgn2 saya dia nak telan.. Sofia mkn pun tak ingat apa dah.. Duk cakap sedap mama.. Sedap mama.. Hahaha.. Sian ank2 i.. Habis semangkuk mee sup, ikhlas dah mula tak selesa duk atas baby chair.. Gaya mcm nak tdo sgt2.. Saya angkat and basuh mulut dia.. Susukan dia sekejap past tu terus tertidur ank bujang i sorang ni..

Lepas masukkan ikhlas dlm buai, saya plak nak mkn.. Sofia tak habis2 lagi mkn... Ish.. Sofia ni.. Selesai sesi melantak nasi ayam, saya masakkan bubur ikan bilis kat ikhlas.. Utk bekalan dia terjaga dari tdo nanti.. Ikhlas tu kerjanya mengunyah je.. Kan tak ada makanan pening plak saya nanti..

Apapun kerja tak habis kat situ.. Siap je bubur ikhlas, saya cepat2 kemas dapur, kemas ruang tamu, menyapu dari atas smp ke bwh, angkat kain, menyapu car porch, siram and bajakan pokok2 and buang sampah.. Now.. Dah dah boleh rest.. Leganya.. Ikhlas masih dibuai mimpi.. Nak bermimpi la jugak..sebelum mimpi saya tampal kan rantai flower yg sofia hasilkan dkt sekolah tadi.. Smp rumah je terus dia gantung kat board magnet yg saya letak dkt ruang mkn di wet kitchen.. Suka la dia tatap puas2 hasil kerja sekolah dia.. Hehehe.. K la. Byebye

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...