Minggu lepas saya dah terfikir nak gunakan masa cuti ni sebaiknya untuk anak2.. Sebenarnya teringin nak mulakan dari awal cuti sekolah lagi tp busy ngan family yg dtg rumah.. So saya hold dulu..apa yg saya fikir? Banyak antaranya:
1) saya nak latih sofia solat mengikut waktu.. Sebelum ni sofia asyik solat maghrib and isyak je.. Waktu2 ln kadang2 je dia buat... Subuh terus tak pernah.. Maghrib and isyak pun selalu miss jugak..saya nak dia tahu solat tu wajib..mengantuk ke.. Tengah main ipad ke.. Tgh main ngan adik ke.. Tgh tengok tv ke or tengah bt apa pun sofia tetap kene solat dulu..saya nak latih sofia ada rasa tanggungjawab dan disiplin.. Tahu berdosa kalau tak tunaikan solat.. Tahu Allah tak sayang org yang tinggalkan solat..tp saya tahu bukan mudah utk latih sofia disiplin.. Apapun time cuti ni la saya kene bt sbb saya berada di rumah 24 jam means 5 waktu solat saya bersama dia..time dah kerja nanti hanya waktu maghrib and isyak je la bersama dia.. Moga Allah permudahkan.. Amin
2) saya nak ajar sofia membaca iqra' dan surah2 pendek..biarla hanya 10 ke 15 min pun sehari.. Kalau hari2 bt inshaAllah lama2 boleh jugak kan..
3) saya nak ajar sofia mengenal huruf dan membaca.. Sofia skarang cuma menghafal huruf dan nombor.. Bila suruh tunjuk nombor or huruf yg dia baca or bilang jarang2 tepat..tp bila membaca and membilang laju je..saya pun dah mula kan sesi mengeja semlm. Kaedah apa? Nanti saya cerita pada entry yg ln.. Kalau nak cerita kat cni, panjang plak nanti..
4) saya nak kenalkan sofia dgn operasi + dlm math.. Maybe bukan melalui kaedah buku tp gunakan lidi..mcm zaman dulu2.. Ambik 2 lidi bagi kat dia.. Lepas tu cakap.. Ni mama bg lagi 2 lidi.. So sofia kira berapa lidi sofia ada?.. Kaedah ni dia tak perlu kenal nombor lagi pun tak pe.. Asal dia tahu bilang.. Ni pun pendedahan pada math apa..
4) saya nak spend masa buat kek or kuih muih dgn sofia.. Seminggu sekali pun jadilah.. Latih anak dara ke dapur..
5) saya nak suasana pembelajaran yg baik di rumah saya.. Saya nak sofia and ikhlas dpt bermain and belajar dlm suasana yg ceria..saya tak nak push sgt mereka.. Tp saya nak ank saya bt semua di atas kerana dia betul2 berminat.
Tp mampukah saya menjadikan semua ini kenyataan? InshaAllah saya akan berusaha.. Sekurang2 saya berusaha yg terbaik utk ank2 saya..hasilnya kemungkinan tak nampak dlm masa yang singkat.. Apapun sekurang2nya saya melatih mereka.. Saya percaya budak2 ini faham cuma mereka perlukan masa..saya perlu sabar mendidik anak.. Moga Allah permudahkan jalan saya dan tambahkan kesabaran saya.. Amin..
No comments:
Post a Comment