Salam....
Sape nak tolong? Angkat tangan sekarang....
Cuti sekolah dipenuhi kerja2 PBS.....korang yang bukan cikgu mesti tak berapa paham lagi sistem PBS ni kan...dah tak ada sistem berpusatkan peperiksaan mcm kita sekolah zaman dulu2... Now dah guna sistem PBS ( penilaian berasaskan sekolah).. Tiada lagi ujian setara..tiada lagi peperiksaan pertengahan tahun mahupun akhir tahun...kalau ada sekolah yg buat peperiksaan, markah tidak boleh digredkan....secara ringkasnya tak ada lagi soalan. " ko dpt berapa A?...istilah sekarang ialah adakah student MENGUASAI atau TIDAK MENGUASAI..
Macam mana dijalankan?
Actually, kalau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh je baca dekat lamab web kementerian pelajaran...search je PBS..belambak info yang korang boleh dapat..nak cerita mmg terlalu panjang...saya cerita mengikut skop kerja saya...secara ringkasnya...penilaian di buat selepas sesuatu topik di ajar....contohnya hari ni saya ajar tajuk pembiasan dan pantulan cahaya..setelah memberi penerangan dan latihan...saya pun beritahu student yg esok saya nak buat PBS....so student kene buat ulangkaji..
sebelum bagi soalan PBS, cikgu2 mmg kene get ready dengan soalan....korang boleh la kata.."ala apa susah, bg je la soalan, biar la budak2 jwb"...oh..tidak semudah itu...soalan tu di anggap evident...evident dibina berdarkan DSP...evident juga dibahagikan ikut band..band 1 sampai 6...kalau sekolah saya, evident tidak boleh di ambil secara langsung dari buku2 latihan yg ada jual dipasaran...olahan kene dibuat....so cikgu2 kene taip evident dan rezo utk semua budak...evident hendakla di periksa oleh ketua panitia utk memastikan kualiti soalan yg diberikan tu baik...kalau sains ting 2 ada lebih dari 70 evident yg kene dibuat...korang bayangkan kalau cikgu ajar 3 kelas...satu kelas 40 org murid...so 3x40x70=?.. korang boleh kira sendiri berapa byk evident yg cikgu kene marking...tu baru kalau cikgu tu ajar sains 3 kelas.. Kalau macam saya ada lagi tambahan subjek pend sivik dan kewarganegaraan yg kene ajar...pend sivik ada 36 evident..saya ajar 4 kelas...budak setiap kelas 40 org...cuba korang darab 36x 4x40=?.. Tambah dengan evident sains yg saya ajar tadi...mahu ribu2 evident yang kene marking kan....
Lepas budak jwb soalan PBS, cikgu2 kene kenal pasti budak yg menguasai dan tidak menguasai..kalau tak menguasai, cikgu2 kene bagi peluang budak mengulang soalan tersebut sampaila dia menguasai...yg makin tension ialah bila ulangan hendak dibuat?...masa yg diperuntukkan utk mengajar setiap hari adalah ngam2 dengan silibus yg cikgu kene habiskan dlm masa setahun...dlm sukatan pelajaran tahunan pun tak memperuntukkan masa utk buat ulangan...so cikgu kene pandai bahagi masa..tu baru mencari masa utk budak mengulang..mana masa nak marking evident, masa nak semak buku nota dan latihan, masa bina evident, masa menyiapkan tugas2 pengkeranian, masa utk siapkan laporan koko setiap minggu, masa buat buku rekod, masa masukkan markah secara online, masautk masukkan prestasi budak ke borang induk, masa utk masukkan evident ke dlm fail perkembangan murid and macam2 lagi la..byk sgt...
Actually bukan nak mengatakan tugas cikgu je yg byk and macam kerja2 lain tak byk kerja...cuma nak buka minda org yg kadang2 jeles dengan profesion ni...byk cuti katanya....kitaorg dlm cuti bukan duduk goyang kaki ye...mengadap tugasan yg bila fikir terasa tak mampu disiapkan.... Masa utk anak2 dan family pun kadang2 dikorbankan demi mendidik ank org lain.....
Wah..boleh tahan luah perasaan kan...hahahah...ignore je la ye..biasala...tengah serabut ngan kerja2 yg tak habis2.. Bila tension2, saya releks dulu..buat kerja2 rumah tangga...layan ank2 and terapi stress yg baru utk saya ialah masak utk family...hahah..try la....menjadi u....puas hati....biar tak sedap...bila tengok suami and ank makan terasa best sgt2.. Lupa sekejap kerja yg membebankan otak ni...
Td bukak fb terbaca ini...
Amacam? Menyesal mengeluhkan....kembali pada ikhlas bekerja..bukan ikhlas ank saya..hehehe...baca ni dapat semangat wei....moga Allah merahmati setiap pengorbanan kita kan....amanah yg diberi perlu di tunaikan....moga diberi ketabahan mengharungi dugaan dan rintangan dan moga anak2 didik saya serta anak2 saya and ank2 anda semua menjadi org yg berjaya di dunia dah yg paling penting berjaya di akhirat...amin...
Caiyok2.. Sikit je ni..huhu
kesian cikgu2 kan?maybe persatuan guru2 perlu bangkit kot...
ReplyDelete(kotak kasut tu takperlah, saya terlewat lak tgk msg awak) takper....saya cari sendiri bila2...wat masa ni nafsu jer yang nak tu...keperluan tak sangat..hehe