Monday 9 June 2014

Baucer rm100 zalora

Salam.....

Baru ada kesempatan waktu bercerita pasal baucer zalora. Banyak sangat agenda sejak akhir2 ni. Dengan keadaan diri yg menanti hari je ni. Now dah 38 minggu 1 hari. Kertas exam masih ada 3 kelas belum bertanda. Kenduri kawin adik di Kulai dan yang baru je lepas kenduri sambut menantu di kampung saya. Penat usah cakap la. Apapun semua tu saya cerita kemudian2 la ye. Ikut urutan. Kalau tak lupa nanti. Berderet entry menanti. Takpe2. Cuti bersalin lama. InsyaAllah ada masa. hehe

Kalau korang perasan, 2 minggu lepas saya ada post kan entry pasal iklan dari zalora. Mula2 terima email dari zalora, mmg terasa malas nak reply. Sebab utama adalah terlampau banyak kerja dan kepenatan badan yang menjadi jadi sejak sarat ni. Seperti biasa hasben saya la pendorong dan penyokong utama saya. Dia suruh reply jugak email. Manalah tahu dapat hadiah ke apa katanya. Saya pun buat muka malas. Haha. Tapi dah ada pendorong jadi semangat tu up sikit la kan.

Slow2, saya mula terjah blog2 orang yang pernah kerjasama dengan zalora ni. Hasilnya amat menarik. Katanya boleh dapat baucer rm50 untuk beli barang dari zalora jugak. Email dibalas dengan cepat dari pihak zalora. Lagi2 la tergoda kan. Bukan susah pun. Entry pihak zalora dah bagi. Kita edit sikit2 ikut style penulisan kita, past tu post kan kat blog. Senangkan. So, apa lagi, terus reply setuju.

Ni email dari zalora yang mula2 saya dapat
Lepas reply email ni, saya mmg dapat respon yang cepat dari pihak zalora. Bermula dari email saya setuju untuk bekerjasama sampailah email baucer dari zalora. Yang bestnya, baucer yang saya dapat bukan rm50 tau tapi rm100. Rezeki datang jangan ditolak. Nasib baik dengar cakap hasben. Kalau tak melepas kan. Ada jugak faedah ada blog ni sebenarnya.

Lepas diberi baucer dari zalora untuk beli barangan dari zalora jugak, saya pun mula la mencari baju muslimah yang ngam2 harga dengan baucer tu. Baru first time shopping zalora. Banyaknya pilihan. Pelbagai fesyen. Mudah dan senang. Harga plak dari yang rendah sampailah yang paling tinggi. Pilihlah ikut kemampuan masing2. Saya betul2 jatuh hati ngan zalora lepas shopping hari tu.

Zalora punya servis pun tiptop tau. saya order hari ni, esoknya dapat barang. Memang puas hati sangat. Korang patut cuba. Cewah. Iklan tak berbayar pun. Just cerita pengalaman sendiri.

Dah sampai.

Antara yang ada dalam plastik GDEX

Invois. Satu lagi, boleh tukar barang tau kalau tak sesuai ngan size or barang yang smp tu rosak ke apa. Tak silap dalam masa 2 minggu.

Dapat card zalora. Terus jadi member. Yang hitam tu tali tape. Cantik kan

Ni dia baju yang saya pilih

Tak sabar nak pakai. Tunggu perut ni kempis dulu.. hehe

Tq zalora..



2 comments:

  1. untunglah..ramai y puas hati dengan zalora..dapat voucher bagai kan..

    ReplyDelete
  2. kan, best kan, dapat juga voucher rm150 dari zalora
    belum buat beli apa-apa lagi
    sayang

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/06/ubat-kolestrol-tinggi-semulajadi.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...