Monday 30 June 2014

cukur jambul Muhammad

Salam ramadhan...

Kisah pantang hari ke 20. Hari ni dah hari ke 21. Cepat kan masa berlalu. Tup2 dah separuh perjalanan pantang saya ni. Sebenarnya hari2 ada cerita dan kalau boleh hari2 nak update n3 pasal kisah2 pantang saya. Tp masa la tak ada. Kadang2 idea mencurah2, tp ank2 plak meragam. Terus hilang mood. So cerita lambat2 sikit pun tak pe yang penting kene update dlm pantang gak la. Baru syok kan.

Hari ke 20 bersamaan hari sabtu lepas. Hasben saya balik seperti biasa time hujung minggu. Tp minggu ni balik sekejap sgt2. Sampai pg sabtu, lepas subuh ahad nya dah bertolak balik kajang. Nak balik jugak sbb lepas ni 2 minggu plak baru leh jumpa isteri dan ank2 katanya. Ikut abang la kan.

So. Dah alang2 balik sekejap dan lepas ni 2 minggu plak baru boleh jumpa Muhammad,  kami laki bini buat keputusan nak botakkan terus rambut Muhammad hari sabtu tu jugak. Sebenarnya tak ada majlis cukur jambul pun untuk Muhammad mcm abang dan kakak dia dulu. Bukan tak nak buat tp memandangkan rumah mak baru sahaja buat kenduri kawin adik dan dah dekat nak bulan puasa, mak n ayah saya suruh buat ringkas2 je la. Semua org masih letih kenduri. Nak kenduri plak mcm dah tak larat.

Mulanya ayah nak pangil imam tahfiz kat masjid utk tahnik kan muhammad serta potong sikit rambut dia. Tp dah 2 kali jumaat ustaz tu tak dtg masjid. Maybe ke masjid lain kot. So ptg jumaat minggu lepas ayah saya sendiri tahnik dan potong sikit rambut Muhammad. Tak elok jugak lama2 tangguhkan. Sunatnya 7 hari selepas bersalin kan. Lagi awal lagi bagus. Alhamdullilah selesai tahnik Muhammad hari jumaat tu.

Esoknya hasben sampai. Tak terus cukur lagi. Kitaorg p bwk Muhammad jumpa doktor homeopati dulu. Jaundis Muhammad masih tak hilang. Dah lama kan. Mcm2 usaha dah buat tp still turun sikit2 je. Nant saya cerita lebih lanjut pasal jaundis Muhammad dlm n3 yg lain. Ni just nak cerita pasal jumpa sorang pakcik yg dtg nak jumpa doktor homeopati gak. Dia borak2 la ngan hasben. Tanya la Muhammad dah berapa hari, kenapa dtg sini dan mcm2 la. Yang menarik perhatian kami laki bini bila dia tanya soalan " ank dah cukur rambut ke?".. hasben jwb belum. Pakcik ni pun cakap " zaman nabi dulu2, ank2 baru lahir cepat2 dicukur rambutnya. Salah satu sebab ialah mengelakkan penyakit. Rambut dlm perut ni tak elok sgt". Cerita pakcik ni panjang lebar. Saya dan hasben angguk senyum...angguk senyum..hehe.. Ada gak terdetik di hati saya, " muhammad ni jaundis lama sgt sbb lambat cukur rambut ke?" Hehe.. tp mmg rambut yang dalam perut tak elok pun kan.

Balik dr klinik tu, semangat la kami laki bini nak botakkan rambut Muhammad. Hasben hantar saya balik rumah mak, kemudian dia keluar p beli pencukur. Sebenarnya bukan beli pencukur je la, keperluan ank2 sepanjang 2 minggu dia tak balik pun dia belikan. Tq bang. Syok sangat shopping, kul 7 baru hasben sampai rumah. Masa nak bercukur pun jadi singkat. Korang ingat senang nak cukur rambut baby. Susah wei. Kene hati2. Kulit kepala pun nipis lagi. Sempat buat sekejap je past tu dah maghrib. Berhenti dulu. Lepas terawih baru hasben sambung balik. Korang tahu, kami laki bini tdo dekat pukul 2 pg sbb nak botak kan Muhammad. Haha.. korang ada buat gitu. Kami rasa kami laki bini je kot. Haha. Bukan tak nak tunggu pagi tp disebabkan lepas sahur hasben dah kene bertolak ke airport, gigih jugak la kami siapkan kepala ank pg2 buta tu jugak. Nasib baik Muhammad ni baik. Tidur je dia walaupun mak pak dia golek dia mcm apa. Hehe.. hasilnya agak memuaskan la. Miahaha..


1 comment:

  1. hihi, saya mak bidan kat kampung yang cukurkan. walaupun dah tua, matanya tajam, kami nak wat sendiri takut sbb kulit baby nipis kan...kira teror la makayah muhammad ni....hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...