Lega betul bila anak2 dah tidur ni...Ikhlas dah mula tidur lambat ...biasa dlm pukul 8 or pukul 9, dia tidur gak utk sejam dua tp minggu ni jenuh dodoi tak nak jugak dia lena..hai byk lagi perubahan utk si kecik ni, sabar je la..
Sebenarnya, saya dah tertidur sambil menyusukan ikhlas kejap tadi..pantang landing mest mudah je terlelap..letih ngan tugas seharian yg tak habis2 kot saya ni... Sofia plak, if saya n ikhlas baring, dia pun join sama. Kadang2 tu bukan dia nak tidur sgt tp takut punya pasal.. Maklumlah abah dia keje mlm minggu ni.. If abah dia ada tak adanye nak join mama dan adiknya tidur... So pendek citer, mudah jugak la dia tidur if abah dia tak ada mlm2...
Disebabkan en hasben call jap tadi, tiba2 mata ni tak nak tutup plak... Hasben kalau keje mlm mmg dah jadi tabiat call saya dulu sebelum saya tidur ... Tanyakan anak2..kalau sofia tak tidur lagi, bercakap juga la 2 beranak tu... Mcm la tak balik seminggu.. Padahal esok pagi jumpa lagi... Hahaha
Ok2.. Dah melalut dah ni.. Citer pasal pengasuh anak2 saya ni ....anak2 lebih mesra panggil dia ummi.. Saya plak selesa panggil dia kak siti je... Kalau ikut prestasi kerja dia sebagai ummi pada anak2 saya, mmg ok sgt2.. Kenapa saya kata ok?
Dia ni lembut orgnya.. Susah nak marah org.. Sofia belum pernah bt perangai tak nak ke rumah dia sepanjang 3 tahun dia dijaga oleh umminya.. Pernah juga dgr cerita anak2 kawan tak nak ke rumah pengasuh sbb selalu kene marah.. Dulu selalu takut if sofia dah besar dan boleh bercakap dia tak nak p umah pengasuh coz sebab2 mcm ni.. Tp alhamdullilah, sofia belum pernah lg cerita dia kene marah teruk2.. Time dia 2 thn lebih, dia ada bgtahu ummi tarik telinga dia .. Siap tunjuk cara lagi..berasap juga mula2 tu.. Tp saya tanya sofia balik.. Kakak nakal kot kat umah ummi?tul tak? Dia jawab.. Erm.. Saya mengaku sebelum
Sofia dpt adik, dia mmg seorg yg lasak dan ganas jugak.. Bermain mcm org lelaki.. So saya cuba bersabar dulu.. Alhamdullilah selepas tu dia tak ada cerita lagi ummi tarik telinga dia.. Mayb dia dah faham apa yang ummi dia marah....skarang tengah2 drive saya selalu tanya " ummi marah kakak tak?".. Dia mest jwb tak.. Saya tanyer lagi " ummi marah adik tak?".. Dia jwb tak lah.. Apa ma ni... Hahaha.. Senang hati dgr.. Sofia kalau org marah atau pukul adik dia mest dia marah dan cepat2 cerita... Tu saya suka kak siti ni...
Ke dua, saya suka dia sebab dia seorg yg penyabar.. Ikhlas smp skarang tak boleh lagi minum susu guna botol .. Kak siti terpaksa bagi susu gunakan syringe kat ikhlas.. Bygkan.. Setiap 2 or 3 jam dia kene susukan ikhlas menggunakan syringe.. Ngan terpaksa dgr ikhlas melalak lagi.. Lepas menyusu nak kene pujuk tdo lagi.. Bukan semua org boleh sabar kan...saya sendiri pun tak boleh sesabar tu... Mmg tak leh jadi pengasuh sepenuh masa sy ni... Huhu
Ke tiga , saya suka kak siti sebab dia pembersih, anak 2 saya dia mandikan 2 kali sehari sepanjang 6 jam duk ngan dia.. Kul 3 ptg sekali dan pukul 6 sekali lagi.. Sentiasa wangi 2 beradik ni.. Apa yg menguatkan lagi fakta ni ialah cerita kwn sekerja saya la... Dia pun hantar anak dia kat situ, dulu2 time anak dia susah minum susu guna botol ni, dia terpaksa berulang alik susukan anak dia, dia kagum ngan kak siti ni sbb pandai jaga budak2 ni.. Ank2 dia mandikan dan tak biarkan dlm keadaan kotor.. Susah nak cari katanya.. Kerenah pun tak byk... Hehe.. Rumah pun bersih sgt2...
Seterusnya , dia tak byk songeh.. If hantar hari sabtu walaupun tiap2 sabtu, dia tak pernah bt muka tak suka atau muka tak puas hati.. Kadang2 dia plak yg ingatkan saya ada keje hari sabtu... Haha.. Cas lebih mmg tak ambik lah..
Sebenarnya byk juga kebaikan dia.. Tak pandai nak explain dah.. Bila saya ingat2 balik kebaikan dia pada anak2 saya, saya mula rasa berbaloi byr dia rm500 sebulan..walaupun dgn harga tu saya boleh byr bulan2 pada seorg maid di rumah yg mana maid tu bukan shj leh jaga anak2 malahan boleh tolong bt keje juga tp nak jumpa org sebaik kak siti uruskan ank2 saya semestinya susah.. Ada maid tak semestinya dapat yg rajin, pembersih, tak cerewet dan sebagainya..so saya sepatutnya bersyukur dpt kak siti jadi pengasuh pd anak2 saya... Apalah sgt nilai rm500 tu if org boleh jaga anak kita seperti anaknya sendiri kan.... So tunku noora dan mohd faizul jgn berkira sgt lah... Byr je la... Yg penting anak 2 kita dijaga elok.. Hehe
Entri ni ditulis sbb mula2 saya dan suami rasa mcm mahal je dua org rm500.. Lgpun Sofia dah besar dan pandai uruskan diri ....tp bila duduk dan fikir baik2, sebenarnya lagi murah dari hantar ke taska.. Maklumlah hantar taska ni kalau murah utk sofia tp bila campur ot if hantar hari sabtu dan ot lambat ambik setiap hari mcm jadi sama.. Penjagaan pun tak tahu lagi mcm mana... So conclusion nya harga kak siti tetapkan tu dah berbaloi sgt dah.... Yg penting anak2 saya suka dan selamat dijaga kak siti..
Ngantuk dah la.. Nant ada apa2 perkembangan pasal pengasuh ni saya update lagi....stop kat sini dulu.. Ni upload sekali gambar terbaru ikhlas...hehe. Tiba2 je upload gambar... Haha
Beruntungnya dapat pengasuh sebaik ini. Kadangkala pengasuh lebih sabar memelihara anak2 kecil ini berbanding ibubapa sendiri. Membayar lebih bukan masalahnya..yang lebih penting keselamatan, kebersihan dan kebajikan anak2 kita..Hargailah pengasuh sebegini..
ReplyDelete...dah dapat pengasuh yg ok ni jangan la amik kesempatan pulak..
ReplyDelete