Alhamdullilah, sekali lagi saya di panjangkan umur utk bertemu bulan mulia ini. Syukur pada Mu ya Allah kerana begitu byk rahmat Mu pada saya dan family.. Sesungguhnya ramadan ini amat istimewa pada saya dan suami serta ank2..
Kenapa saya kata ramadan saya istimewa.. Bukan bermaksud ramadan yg sebelumnya tak istimewa.. Semestinya teramat istimewa tetapi kali ni berganda lagi istimewanya..
1) istimewanya ramadan saya kerana saya, suami, ank2 serta keluarga masih dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg baik utk terus menjalankan kehidupan ini.. Moga kami tidak leka dan tidak lupa kepada yg Maha Pencipta...
2) istimewanya ramadan saya kerana saya menyambut ramadan di penghujung usia 20an.. Thn depan I'm going to be 30... Sudah bertukar angka puluh.... Moga saya diberikan kesihatan yg baik utk terus menjadi isteri yg setia utk suami, mama yg hebat utk ank2, ank yg solehah utk ibu bapa saya dan mertua, kwn yg baik utk sahabat2 saya serta guru yg cemerlang utk ank didik saya.
3) istimewanya ramadan saya kerana saya menyambut ramadan tahun ini dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata yg disayangi, amar ikhlas.. Kini saya akan melalui sahur dan berbuka bersama sepasang cahaya mata yg amat comel.. Tq Allah.. Besarnya kekuasaan Mu..
4) istimewanya ramadan saya thn ini, bila dapat menjalankan ibadah puasa di rumah sendiri..rezeki dari Mu Ya Allah.. Tq Allah.. Alhamdullilah..
Sesungguhnya saya teramat bahagia dengan kehidupan saya.. Saya merasakan ramadan saya teramat istimewa.. Moga saya, keluarga dan seluruh umat islam di dunia ini menggunakan bulan yg mulia ini dengan sebaiknya.. Moga segala amalan kita di terima OlehNya.. Dalam kebahagiaan kita, jgn lah kita lupa kepada mereka yg memerlukan.. Moga bulan rahmat ni memberi rezeki yg melimpah ruah utk kita semua.. Amin..
No comments:
Post a Comment