Tuesday, 31 July 2012

Sofia sekolah part 5

Kalau boleh saya tak nak miss update pasal sekolah atau playgroup sofia ni.. Senang nak jadi rujukan time ikhlas nanti. Lewat pun saya akan cuba update jugak..

So, minggu lepas saya je yg ke sekolah bersama sofia.. Abah sofia kerja.. Ikhlas hantar rumah pengasuh.. Kali ni sampai awal ke sekolah..so tak ada la miss satu pun aktiviti..

Mula dengan doa.. Lepas tu warming up ngan lagu2.. Baru la ceria sikit bdk2 ni.. Sofia mcm biasa pelajar terbaik bila time baca ant on the apple.. Perubahan yg ketara sofia pada minggu ni, dah mula pandai sebut kuat2 depan kwn dan teacher ayu perkataan alhamdullilah, thank you Allah, Allahuakbar and Allah is one.. Suara dia aje.. Biasa dia pemalu.. Dkt rumah je dia sebut kuat2..Suka teacher ayu bila dgr sofia sebut.. Mama dia pun apa kurangnya.. Maybe keyakinan diri dah ada.. Dapat buang rasa malu pada org yg tak kenal..actually perubahan ketara sofia dua tiga menjak ni ialah dah byk sgt mulut.. Membebel pun dah pandai.. Bertanya tu usah di kata.. Yg nak tergelak kalau dia ajuk cakap kita..

Sambung citer pasal sekolah lagi.. 2 perkataan perbuatan yg teacher ayu introduce kat sofia and the geng minggu lni ialah walk and smile.. Minggu lepas tickle and jump.. Smp skarang sofia guna tickle bila geletek adik.. Bekesan giler p&p teacher ayu ni.. Saya jadi cikgu pun tak tahu la student faham ke tak apa yg saya ajar. Huhu.. Minggu ni tak habis2 guna perkataan smile. Yg pelik time saya ajar dia tak guna plak.. Time teacher ayu ajar terikut ikut sgt..

Aktiviti seterusnya utk minggu lepas berkaitan dengan keseimbangan badan.. Budak2 diberi satu benda ala2 mcm bantal.. Ntah apa ke nama, saya pun tak tahu.. Bentuk 4 segi.. Dlm
nya macam ada pasir je.. Teacher ayu arahkan budak2 ni letak benda alah tu atas kepala kemudian jln ikut line merah yg dia dah buat siap2.. Budak2 ni kene jln atas line menuju ke arah mak masing2.. Kene pastikan anak tak pegang dan selamat smp pada mak masing- masing dlm keadaan benda alah tu masih di atas kepala.. Alhamdullilah sofia boleh bt dengan jayanya.. Teacher ayu bagi tepukan kat sofia.. Suka la cik sofia tu.. Teacher ayu kata budak yg boleh bwk tanpa jatuh bermaksud dia dah dpt beri fokus.. So apa yg kita ajar dia dah boleh fokus sebenarnya.. Saya pun ooo.. Hehe.. P kelas ni baru tahu..

Seterunya aktiviti tentang my body.. Teacher ayu lukis besar2 gambar org.. Past tu dia bg sehelai kertas warna pada budak2 ni.. Budak2 ni kene koyak kertas kemudian tampal.. Apa yg mengejutkan saya tentang sofia dlm aktiviti ni??? Bukan sofia je la.. Kwn2 yg lain jugak.. Tak pandai koyak kertas warna tu... Haha..rasa mcm kat rumah pandai je koyak paper.. Ke kertas warna ni licin membuatkan budak2 ni susah nak koyak.. Kesian saya tengok.. Bila balik rumah saya suruh koyak kertas A4.. Baru saya perasan budak ni tarik kertas, bukan koyak..bila tarik terkoyak la.. So saya ajar cara koyak yg betul..kita guna dua jari iaitu ibu jari dan jari telunjuk utk tgn kanan dan kiri..pegang hujung kertas.. Satu tgn koyak kertas ke depan dan satu tgn koyak kertas ke belakang baru dipanggil koyak..baru la cik sofia ni faham.. Teacher ayu kata ni antara kemahiran motor budak.. So kita kene latih.. Tengok.. Kalau tak p sekolah tak tahu apa pun kan..

Seterusnya label la my body.. Ok ka.. Byk jugak sofia tahu tentang my body ni...sebelum balik teacher ayu bagi homework lagi.. Kali ni masukkan tali utk kertas berbentuk bulatan plak.. Kene bt sendiri di rumah and parents ambik masa.. Tu je la kisah sofia sekolah minggu ni.. Tunggu minggu dpn plak utk cerita baru... hikhik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...