Minggu ni sofia sekolah mcm biasa..2 minggu tak ke sekolah.. Sofia nampak sedikit terkejut ngan beberapa perubuhan yg di buat teacher ayu dalam kelas.. Apapun lepas je warming up dengan doa and lagu2 terus budak tembam ni happy dan follow the class dgn gembiranya...
Hari ni teacher ayu perkenalkan 2 ayat baru utk digunakan di dlm kelas.. Kalau dulu teacher ayu latih budak2 ni dgn alhamdullilah and thank you Allah.. Kali ni tambah dengan Allahuakbar and Allah is one.. Dlm masa satu jam budak2 ni dah boleh guna perkataan ni..sofia plak, bila sebut Allah cepat2 sambung is one sambil tunjuk jari 1.. Cepat betul budak2 ni belajar.. Saya dan suami pun duk ulang perkataan dan ayat alhamdullilah, thank you Allah, Allahhuakbar and Allah is one setiap masa.. Utk pastikan sofia and ikhlas gunakan dlm kehidupan dia sepanjang masa..bagus ajar, supaya mereka kenal kepada yg maha Pencipta..
Kemudian kembali pada aktiviti perkenalkan perkataan.. Sambil buka video, teacher ayu sebut perkataan jump and tickle..kalau sebut jump cepat2 sofia jump.. Bila sebut tickle, sofia nampak terpinga-pinga..hehe.. Ye la..perkataan geletek, sofia panggil geli2.. Haha.. Kalau nk suruh geletek, sofia akan kata abah2 yaya nk geli2.. Haha.. Sekali bila sebut tickle, pelik dia..nk tergelak saya.. Teacher ayu tickle dia pun jadi tak gelak.. Tp pagi ni dia kata, abah lari2, tickle yaya.. Hah kau.. Guna tickle gitu.. Hehe..
Last sekali, aktiviti yg sofia suka gak.. Hands on activities.. Kali ni teacher ayu bagi sehelai kertas bersaiz A4 and sekeliling kertas tu dah ditebuk lubang.. Tengah2 kertas plak ada gambar kaki dan sebelah satu lagi ada gambar tangan.. Saya ingatkan nak bt aktiviti warna2.. Sekali aktiviti menyulam.. Hikhik.. Teacher ayu bg seutas tali dan suruh budak2 dlm kelas ni masukkan tali dlm lubang.. So diaorang terpaksa menyulam la.. Parents plak kene ambik masa dari mula2 tali dimasuk ke lubang pertama sehingga tali dimasuk ke lubang last baru stop kan masa..cepat2 la diaorg menyulam.. Last, teacher ayu tanya masa yg di ambik.. Sofia boleh bt dlm masa 3 min 49 saat.. Ada yg 4 min and ada jugak yg kurang lagi dr sofia..rupa rupanya budak2 yg boleh habiskan menyulam kurang dr 5 min, bermaksud dia sudah mempunyai keupayaan menulis dan menyambungkan huruf dot2..kira menggunakan keupayaan tangan dan jari, keupayaan budak menumpukan perhatian sambil2 latih menajamkan otak. So kene terus latih dan latih dirumah kata teacher ayu.. Lagi cepat budak2 dapat tamatkan lagi bagus.. So balik kene latih lagi..kene cepat lagi ye sofia.. Biar kurang dari 3 min.. Saya plak tak cuba plak berapa minit saya buat.. Hikhik.. Nant cuba lah..
Ok.. Itu je la cerita sekolah sofia minggu ni.. Berakhir dgn doa dan terus balik.. Ops.. Kitaorg tak terus balik pun past tu.. P shopping kat sogo.. Haha.... Boleh la budak2 ni kasut raya sepasang sorang...
Salam kenal dr kak Nurul dan follow sini.
ReplyDeleteSalam kenal jugak....td pun ada visit blog akak.....
Delete