Sunday, 14 July 2013

Sembang2 sofia

@Salam...

Bila anak dah makin besar, byk yg saya belajar..dr perkembangan bahasa anak yg sepatah2 smp la pada anak boleh bersembang santai ngan saya...pengalaman cukup bermakna menyebabkan saya rasa besarnya kuasa Allah dan hebatnya aturan perkembangan ank2 kecil yg telah diciptakan oleh Allah..teramat sistematik...cuma perbezaan adala cara kita mencorakkan ank2 kita...

Ank2 belajar dari apa yg dia lihat...bg saya, sofia sekarang berada di tahap memahami apa yg sedang berlaku di sekeliling dia..dia tengah cuba relate kan apa yg dia faham dengan kehidupan sebenar dia...saya kadang2 terhibur mendengar bicara dia yg bersahaja tp cukup memberi makna...perkembangan kognatif yg perlu saya asah dan asah lagi...

Sembang santai 1

Situasi ni berlaku dalam kereta waktu on the way saya nak hantar sofia dan ikhlas ke rumah pengasuh...sofia baru balik dari sekolah...di hadapan jalan besar depan perumahan saya ada projek  pembinaan mydin mall yg masih belum siap dan dlm proses menaikkan dinding bata..

Sofia: mama... Rumah ni tak siap lagi?
Mama: erm..lambat lagi..dia baru nak letak dinding
Sofia: ooo.. Dia tak gam lagi kan mama?
Saya tersenyum dengar perkataan gam yang sofia gunakan...

Ayat sofia tak salah pun sbb dia belajar dari apa yg dia buat dlm kehidupan dia...dia mana ada pengetahuan pasal simen or ikat batu bata so dia ckp ikut kefahaman dia..bagi anak kecik ni, kalau nak sesuatu  tu melekat kukuh, gam je la jwbnya sbb itu yg dia biasa gunakan di sekolah mahupun di rumah...ini la yg kita sbg ibu dan bapa kene betulkan supaya pengetahuan ank2 makin matang kan..

Sembang santai 2

Dalam kereta waktu nak keluar jalan2..Ada wayar area radio yg terkeluar dr satu tempat dlm kereta hasben saya..

Sofia: abah...kenapa keluar ni? Dah rosak ke?
Abah: erm.. Dah rosak..kene lekat balik
Sofia: ala abah...beli kereta baru je la..warna hitam ...besar...

Tersenyum saya dan suami dengar...tertanya2 dlm hati, mana la dia belajar menilai ek?...tahu beza kereta baru dan lama...padahal saya dan hasben tak pernah berckp pun depan dia...pandai nak memiliki yg cantik...pandai nak kereta besar..hebat pemerhatian ank2..mencabar juga nak explain kat ank2 supaya faham yg bukan semua yg elok dan cantik tu milik kita...

Bestkan dpt lihat perkembangan ank2 di depan mata...bahagia dan terkesan di hati..Moga mama dan abah dipanjangkan umur utk terus mendidik dan membesarkan ank2 mama dan abah ni.....mama dan abah pun sedang belajar utk memahami dan menyelami dunia ank2.. Moga jadi ank soleh dan solehah ye sayang..




3 comments:

  1. comelnya sembang2 nga sofia...
    apa yang dia belajar dari sekeliling dia, akan dia ingat nak praktikkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel la jugak tp jenuh melayan..kalau kita tak sempat dengar dia mesti buat ayat " mama, sofia ckp ngan mama ni, tak dengar ke?".. Ambik..kene sebijik..hehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...